Saturday, June 30, 2012

Sekadar Berkongsi

Assalamualaikum,

Lama sudah tak saya update disini,

bukan sedah hilang minat, tapi hilang tujuan. Saya telah dekat 9 bulan berada di perantauan dan saya temui minat baru memandangkan susah nak cari manik di Australia secantik yang di Malaysia dan untuk siapa lagi nak saya jahit manik.

Walaubagaimanapun, saya kagumi dengan kadar statistik lawatan ke ruangan blog ini. Pasti masih ramai mencari inspirasi. Dengan itu, saya ingin kongsikan bersama satu laman web yang saya rasa akan amat berguna sekali bagi pemilihan warna untuk memanik, terutama sekali bagi baju kosong. Sudah tentu kekadang kita keliru warna apa yang sesuai.

Saya juga baru diperkenalkan laman web ini, dan saya gunakan untuk hobi baru saya. Ada juga blog untuk hobi baru ni di sini.

Apa-apa pun, laman web yang saya maksudkan ialah "Design Seeds". Saya cukup terpesona melihat warna-warna di situ dan saya rasakan ianya satu inspirasi yang sangat bagus dalam apapun kraf atau seni. Juga boleh jadi inspirasi untuk cat rumah! Klik di gambar di bawah untuk ke laman web tersubut atau di link nama saya sebut di atas.

parrot color

Harap rakan-rakan dapatlah pergunakan web tersebut sebagai inspirasi. Semoga terus menjadi-jadi dan semakin kreatif hasil sulaman manik masing-masing. Rindu juga saya nak bermanik. Mungkin juga akan bermanik baju raya. Sudah siap suruh mak pos baju dan manik lagi...

Sekian,

Wassalam,

Amira

Thursday, November 3, 2011

BERMASTAUTIN 3-4TAHUN

Salam,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak ini,
InsyaAllah akan saya cari masa lagi untuk terus meng " update" kerja sulaman tapi untuk pengetahuan semua, saya kini telah berada di Australia bagi tujuan sambung belajar.
Buat masa ini, saya masih sibuk dengan urusan pindah rumah, rumah tangga dan start belajar, maka belum sempat nak upload gambar2 sulaman terakhir yang saya buat di Malaysia sebelum berangkat.
InsyaAllah juga saya akan masih teruskan hobi ini supaya blog akan ada update sikit-sikit.
Jadi dengan itu, saya tidak ambil tempahan atau membuat bengkel dalam 3-4 Tahun ini.. Harap Maaf. Maaf juga sekiranya lambat reply email. No phone saya juga dah di potong. Jadi harap jangan di sms atau call ya. Takut dapat orang lain pulak no tu.. Sekian..
Wassalam..

Thursday, October 13, 2011

Hijrah sementara..

HARAP MAAF,

TIADA KELAS AKAN DIADAKAN SEHINGGA DIMAKLUMKAN SEMULA.

Alhamdulillah saya telah selamat berhijrah untuk seketika ke Australia bagi menyambung pengajian saya..
Oleh itu, saya mohon maaf kerana sudah lama tidak update dan tiada kelas. InsyaAllah saya akan masih update kerana masih ada gambar-gambar yang belum di uploadkan. Saya agak sibuk 2,3 bulan ini dan akan cuba sedaya upaya untuk uploadkan nanti.
Selain itu, saya juga bercadang untuk uploadkan tutorial jahit manik sekali dimasa kelapangan. Jadi, stay tuned..

Wassalam,
Amira

Monday, July 4, 2011

Meduse a L'Ocean


Lagi satu nama french Meduse A L'Ocean yang membawa makna obor-obor di lautan. Chiffon roses dijadikan obor-obor dilautan crumble..

Jardin D'Fleur



Nama Jardin D'Fleur dalam bahasa French yang membawa makna Flower Garden. Tema kali ini adalah bebunga sisik ikan. Baju kurung pahang "cotton" ini dihias dengan bebunga sisik ikan. Warna jingga menjadi pilihan bagi menaikkan seri baju memandangkan warna jingga yang sedikit terdapat di corak kain baju. Alhamdulillah customer berpuas hati...

Monday, June 6, 2011

BENGKEL MANIK JUN & JULAI 2011

Salam,

Saya akan mengadakan Bengkel Sulaman Manik Asas seperti butiran berikut :


Tarikh : 19 Jun 2011 (AHAD)
Masa : 9 pagi - 5 ptg
Tempat : Rumah beralamat : 50, Jln Meranti 13, Tmn Sri Pulai, Johor.

Yuran : RM180 beserta makanan dan peralatan


Pada bulan Julai pula, saya akan adakan Bengkel Sulaman Manik 3D seperti butiran berikut:


Tarikh : 24 Julai 2011 (AHAD)
Masa : 9 pagi - 5 ptg
Tempat : Rumah beralamat : 50, Jln Meranti 13, Tmn Sri Pulai, Johor.

Yuran : RM200 beserta makanan dan peralatan


Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut atau mendaftar.
Mira : 0177109827
saryati_ameruddin@yahoo.com

Exora Bintik V-3



Beriring On Kebaya


Simple Crumble

Batik Highlights